Sunday, March 1, 2009

RPH - Minggu 10/Semester 1 (Isnin - 02/03/2009)

Tarikh2 Mac 2009 (Isnin)
Tingkatan6AK4 (0815 - 0925)
Tema 2Pembangunan Ekonomi & Impak Alam Sekitar
Tajuk

Sektor Perlombongan dan Sumber Tenaga

Objektif/ Hasil pembelajaran

Pelajar dapat,

  1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sumber tenaga hidro elektrik dan sumber tenaga gantian yang lain di Malaysia.
  2. Menjelaskan masalah-masalah yang dihadapi dalam memajukan sumber kuasa hidro elektrik di Malaysia.
  3. Menerangkan kesan-kesan negatif pembinaan empangan untuk pelbagai tujuan termasuk kuasa hidro elektrik telah menimbulkan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar.
  4. Memberi pendapat mengapa negara-negara di kawasan Tropika patut memajukan kuasa suria (solar) pada masa kini.
  5. Membincangkan usaha yang dijalanakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha menangani masalah krisis tenaga.
  6. Menjelaskan kelebihan penggunaan sumber biodiesel.
PendekatanKBKK, penjanaan idea
AktivitiPembentangan Kumpulan dan Perbincangan
NilaiBertanggungjawab, Kerajinan, Bekerjasama
RefleksiPelajar dapat membincangkan topik ini dengan baik. Namun, bacaan dan rujukan tambahan perlu dibuat untuk mengukuhkan pemahaman masong-masing terhadap topik ini.

No comments:

Post a Comment